Mengelak Minyak Memercik
Petua 1
Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian baru menggoreng.
Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian baru menggoreng.
Petua 2
Ketika memanaskan minyak masak, masukkan sekeping asam gelugur dan biarkan seketika. Keluarkan asam gelugur apabila hendak menggoreng.
Ketika memanaskan minyak masak, masukkan sekeping asam gelugur dan biarkan seketika. Keluarkan asam gelugur apabila hendak menggoreng.
Menghalau lalat di dapur
Lalat selalu menjadi musuh kepada suri rumah, terutamanya ketika mengadakan kenduri kendara. Ia akan mengerumuni hidangan yang terbuka dan kadangkala meninggalkan telur berwarna putih yang mencemarkan makanan. Menghalau lalat bukan kerja mudah. Namun ada beberapa petua yang boleh diikuti:
1. Ambil dua batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau ditempat meletak hidangan. Insya-Allah lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.
2. Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini ia dapat mengelakkan lalat dari datang menghampiri meja makan anda.
3. Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.
Petua Menghalau Kutu Beras
Beras yang disimpan lama di dalam tong atau bekas yang kedap udara pasti mengundang bau hapak dan terdapat kutu beras.
Petua menghalau kutu beras (Petua 1)
Untuk menghalau kutu-kutu beras ini, anda boleh mengambil beberapa helai daun serai, simpulkan ia dan letakkan di dalam tong beras tadi. Dalam beberapa jam kutu-kutu beras akan keluar dan tidak datang lagi.
Petua menghalau kutu beras (Petua 2)
Tuang/Isi beras di dalam bekas leper seperti dulang kecil dan lampirkan dengan kain yang lembab, kutu beras akan timbul dari celah celah beras dan melekat di kain yang lembab. Sesuai untuk beras kuantiti yang sedikit.
Petua menghalau kutu beras (Petua 3)
Tuang/Isi beras di dalam dulang dan jemur di terik panas matahari. Kutu beras akan mati. Sesuai untuk beras kuantiti yang banyak (berkilo-kilo)
Petua menghalau kutu beras (Petua 4)
- bagi yang berhadapan masalah kutu beras yang seringkali terdapat didalam bekas beras simpanan anda. - Cara mengatasinya ialah ambil segenggam cili kering , potongkan dua dan gaulkan bersama beras yang disimpan.
- biarkan cili tersebut sehingga hasilnya dapat dilihat.
Pelbagaikan Kegunaan Cuka
- biarkan cili tersebut sehingga hasilnya dapat dilihat.
Selain digunakan untuk menambah rasa sedap pada masakan, ternyata cuka dapat digunakan untuk mengatasi berbagai macam kegunaan. Cuka boleh digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.
1. Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.
2. Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.
3. Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.
4. Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.
5. Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.
6. Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.
7. Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas.
8. Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.
9. Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.
10. Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.
11. Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.
12. Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.
13. Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.
TIPS UNTUK MENYEDIAKAN MASAKAN HARIAN
Sebelum D berkongsi resipi-resipi yang ringkas dan mudah atas permintaan Saudari Terpuji9815 dan Saudari Linda Jasmine. D ingin berkongsi tips yang mungkin boleh anda amalkan untuk memudahkan anda menyediakan masakan khas untuk ibu-ibu yang sibuk dengan tugas seharian. Dengan cara ini dapat anda pratikkan dan memperbaiki diri kita sendiri dengan menyesuaikan masa yang ada. Ingatlah walau masa yang ada adalah tersangat singkat yang penting adalah cara kita susun waktu kita seharian untuk tugas-tugas yang akan kita lakukan.
1. Selalu fikirkan masakan apa yang hendak dihidangkan untuk keluarga untuk esok hari. Plan in advance , ini dapat elakkan kita dari keadaan yang kelam kabut keesokkan hari. Kalau boleh sesuaikan masakan dengan lauk-lauk sampingan lain yang ingin disediakan. Sebagai contoh, Sup Sayur, Daging Goreng Sambal/ Kicap, Ikan Goreng, Sambal Belacan ataupun Sambal Tumis Sardin, Kentang Goreng Sempoi, Telur Dadar/ Telur Mata Lembu dll.
2. D selalu akan kisar bahan-bahan seperti bawang putih, bawang besar, cili kering dan simpan dalam Tupperware dan disejukkan dalam peti sejuk. Ini selalu D lakukan untuk masak dalam seminggu. Insyallah buat masa ini tidak pernah bahan-bahan yang telah dikisar rosak sewaktu ia disimpan dan tidak perlu untuk kita letak bahan pengawet. Jika anda tidak suka menyimpan bahan yang telah dikisar, boleh anda kupas kulit bawang putih dan bawang merah dan cuci bersih keringkan sedikit dan simpan dalam Tupperware dalam peti sejuk. Bila anda pulang dari bekerja boleh anda terus kisar bahan-bahan tersebut untuk digunakan.
3. D juga amalkan jika ada masa terluang sewaktu menonton tv akan gunting cili kering dan buang bijinya dan kemudian D akan simpan dalam plastik yang kering. Bila D ingin gunakan D akan ambil secukupnya dan rendam dengan air panas. D jarang menggunakan cili boh yang telah siap dikedai kerana tidak suka dengan rasanya dan bila ditumis tak sedap pada selera D.
4. Ketumbar biji, jintan semuanya D sediakan. Sesudah disangrai (goreng tanpa minyak) D akan kisar dan simpan dalam Tupperware dalam peti sejuk. Ini memang dapat mengekalkan aromanya. Kenapa D buat begini kerana D tidak suka beli serbuk ketumbar atau jintan dari pasaraya. Rasanya memang lain macam ada bahan campuran yang lain, tak percaya cuba buat. Ini semua Mummy D yang ajar.
5. Even kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih D simpan dalam Tupperware dan masukkan dalam peti sejuk. Selain itu rempah kari ikan dan daging pun D simpan dalam Tupperware masuk dalam peti sejuk. Even buah keras, udang kering, ikan bilis pun semua letak dalam peti sejuk. Jadi peti sejuk D memang banyak mengandungi Tupperware yang mengandungi bahan-bahan ini.
6. Untuk memudahkan anda mengetahui bahan yang terkandung dalam Tupperware tersebut boleh anda label jadi mudah untuk anda mencarinya. Boleh anda semua minta Cik Abang belikan Tupperware untuk digunakan hehe.
7. Bahan basah pula, jika anda ke pasar gunakan gunting untuk siang ikan. Ia lebih mudah dan cepat dari gunakan pisau, gunakan gunting potong zap zap tepi sisik ikan, ekor ikan dan juga insang ikan. D suka gunakan gunting sebab lawa jadi ikan tu berbanding menggunakan pisau. Ini pun Mummy D ajar. Kemudian anda bersihkan ikan tersebut dan toskan kasi kering. Kemudian bahagikan ikan tersebut mengikut banyak mana yang akan anda gunakan. Boleh juga gunakan Tupperware untuk simpan ikan atau jika tidak gunakan plastik bersih.
8. Udang juga D akan gunting bersihkan rambu-rambunya dan terus simpan dalam Tupperware. Kalau nak masak nanti D cungkil udang yang dah keras tu dengan pisau tup terus dia terkeluar tak payah defrost atau rendam dalam air nanti hilang manisnya.
9. Ayam pun D akan potong 4 dan bersihkan simpan dalam plastik. Bila hendak gunakan baru D akan potong lebih kecil untuk masak.
10. Untuk sayur-sayuran D tidak galakkan anda membersihkannya terlebih dahulu. Ini kerana sayur perlu dibersihkan sewaktu hendak dimasak untuk mengekalkan sumber vitamin yang ada. Selalunya kalau kesuntukkan masa, D akan bersikan sawi, kalian malam sebelum D memasak dan D akan simpan dalam plastic yang bersih. Esok bila hendak masak baru D cuci dengan air.
11. Stok yang perlu ada dalam peti sejuk anda adalah nugget, hotdog, crabfish, french fries, tempura fish fillet, burger ramly. Ini dapat anda sediakan untuk finger foods. Keluarkan stok ini dan anda boleh goreng dan sediakan dengan cepat dan mudah. Untuk seimbangkan bahan yang telah digoreng, sediakan juga salad yang mudah seperti lettuce, hirisan karot, sayur campur dan gaulkan dengan sos thousand island. Selain ini boleh juga anda amalkan untuk rebus broccoli dan karot dan berikan keluarga anda makan finger foods ini bersama sos cili dan mayonnaise. Makanan yang sihat dan cepat disediakan.
12. Perkara yang sering D lakukan untuk goreng ikan/ ayam. Setelah D keluarkan ikan atau ayam, D akan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam kemudian perapkan. Ini sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja kemudian simpan dalam peti sejuk (bukan freezer). Bila anda pulang dari kerja, keluarkan ikan/ ayam tersebut dan sudah tentu ia tidak keras tapi masih segar dan telah sebati rempah yang telah kita gaulkan. Kemudian bolehlah anda goreng ikan/ ayam tersebut. Ini banyak menjimatkan masa dari kita tunggu ikan/ ayam tersebut lembut kemudian nak gaul dengan rempah baru hendak menggoreng.
D harap tips yang telah D berikan dapat menolong anda untuk membantu jadual seharian anda.
(sumber dr http://resipidiana.blogspot.com)