Ni makanan peberet kuarga akak. Maklum jer akak nie org jawa jadi tempeh tu dah menjadi menu mingguan. Si anak dara mmg suka makan tempeh, makan tempeh ari-ari pun takpe katenye. Sedap di makan sambil tengok tv.
BAHAN-BAHAN:
(untuk 5-6 orang)
7 keping tempeh di belah dua
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
3 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
Sedikit garam dan perasa secukup rasa
Sedikit sebuk kunyit
Sedikit air
Sedikit air
CARA MEMBUATNYA:
Bahan-bahan tadi hendaklah digaul mesra bersama tempeh tadi. Semasa mengaul tambahkan sedikit air untuk rempah2 tadi meresap dan kemudian pecahkan dua butir telur dan celurkan tempeh tadi kedalam bancuhan telur. Lepas itu goreng hingga garing. Lebih sedap kalo dicicah bersama sambal kicap. Siap untuk di nikmati!
SAMBAL KICAP
Bahannya:
- 8 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu teh gula
- 5 sudu makan kicap manis (cap kipas udang)
- Sedikit cuka makan
Caranya:
Kisar cili padi, bawang putih dan gula sampai halus, Tambah kicap manis dan cuka dan kacau rata.
No comments:
Post a Comment