Akak nak kongsi resepi dr mak akak iaitu Jemput Bilis Air Panas. Jemput ni lebih dikenali dengan nama cekodok. Mmg sedap lembut aje. Bleh dicicah dgn sambal ikan bilis ataupun sos cili, anak2 akak suka sgt. Resepinye mudah aje.. tp kalau x betul2 adunannya bila digoreng ia keras/liat! Tengok nasib jugak ler kadang2 menjadi kekadang tak...tp akak ade satu idea akak tambahkan sikit minyak masak didlm adunan tepung tu supaya jemput tu jd ranggup kat luar tp lembut kat dlm :)
Bahan-bahan:
(3-4 orang)
- 2 cawan tepung gandum
- segenggam ikan bilis (lebih pun takpe)
- 1 labu bawang besar dihiris2 halus
- Sedikit daun kucai dipotong2 kasar (ikut suka)
- Air panas mendidih secukupnya
- 1 tangkai cili merah di hiris(ikut suka)
- 2 sudu besar minyak (untuk dicampurkan kedalm adunan)
- sedikit garam
Cara-caranya:
- Masukkan tepung kedalam mangkuk adunan, kemudian masukkan air panas dan sedikit garam dan minyak masak sehingga adunan menjadi agak lembut.
- Masukkan ikan bilis, hirisan bawang besar, daun kucai dan cili merah yang telah dihiris kemudian digaul sebati.
- Goreng di dalam minyak panas sehingga kekuningan dan agak garing.
- Angkat dan hidangkan bersama sos cili atau sambal bilis.
No comments:
Post a Comment