Assalamualaikum.gif Assalamu\'alaikum pink image by syauqiyah

Terima kasih kerana sudi melayari blog akak.
Di sini akak cuba tampilkan himpunan resepi harian akak yang agak simple. Diharap ianya menjadi panduan kepada para pengunjung yang minat memasak tetapi kesuntukan masa. Koleksi resepi di blog ini sumenya resepi yang akak pernah masak, kiranya selalu masak jugakla.

Bahan2nyer pulak mudah didapati, senang di masak, pastinya sedap di makan dan menjimatkan masa untuk menyediakannya. Akak cuma guna sukatan agak2 jer, macam stail mak-mak kita. Jadi pandai2la uols nak ubahsuai untuk dapatkan hasil yang memuaskan yer.

Bagi akak, sume anak2 akak sememangnya suka masakan ibunya. Masakan hasil sentuhan tangan seorang ibu tu, sebenarnya lebih sedap dan berkat. Biarpun akak masak gitu-gitu aje, letak bahan ala kadar, tapi anak-anak dan suami makan berselera. Sedap macam mana sekalipun makanan di luar, sedap lagi masakan isteri di rumah. Sebab akak niatkan di hati untuk sediakan hidangan yang terbaik demi anak-anak dan suami tersayang.

Hepi Cooking !!!


Mee Goreng(Basah) Jawa

 Dah jemu makan nasi, buat mee goreng basah stail jawa plak... :)
 mee goreng basah yang tak berapa basah, main campak2 jer, janji sedap sampai menjilat jari

BAHAN-BAHAN:
(hidangan utk 3-4 org)

1 kilo mee kuning
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 biji telur
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
sedikit perasa, gula, kicap cair & kicap pekat
sedikit udang & sotong( nak lebih bleh jgk)
sedikit tauge dan daun kucai
    CARA MEMBUATNYA:
    Tumiskan minyak dan masukkan bawang putih dan bawang merah. Kemudian  masukkan cili boh, sos cili dan sos tomato. Biarkan seketika hingga naik wangi. Masukkan pula udang, sotong dan telur. Kacau seketika sehingga garing dan kering barulah masukkan mee kuning, kicap cair, kicap pekat, sedikit perasa dan sedikit gula. Kalau mee terlalu kering boleh tambah sedikit air supaya mee tadi kelihatan lembap dan basah sedikit.
    Taraaa!! Siap untuk di hidangkan....enak di makan bersama cili jeruk

      No comments:

      Post a Comment