Assalamualaikum.gif Assalamu\'alaikum pink image by syauqiyah

Terima kasih kerana sudi melayari blog akak.
Di sini akak cuba tampilkan himpunan resepi harian akak yang agak simple. Diharap ianya menjadi panduan kepada para pengunjung yang minat memasak tetapi kesuntukan masa. Koleksi resepi di blog ini sumenya resepi yang akak pernah masak, kiranya selalu masak jugakla.

Bahan2nyer pulak mudah didapati, senang di masak, pastinya sedap di makan dan menjimatkan masa untuk menyediakannya. Akak cuma guna sukatan agak2 jer, macam stail mak-mak kita. Jadi pandai2la uols nak ubahsuai untuk dapatkan hasil yang memuaskan yer.

Bagi akak, sume anak2 akak sememangnya suka masakan ibunya. Masakan hasil sentuhan tangan seorang ibu tu, sebenarnya lebih sedap dan berkat. Biarpun akak masak gitu-gitu aje, letak bahan ala kadar, tapi anak-anak dan suami makan berselera. Sedap macam mana sekalipun makanan di luar, sedap lagi masakan isteri di rumah. Sebab akak niatkan di hati untuk sediakan hidangan yang terbaik demi anak-anak dan suami tersayang.

Hepi Cooking !!!


Roti goreng Bersalut Telur




Resepi kali ini memang menjadi kesukaan anak-anak akak. Lagipun mudah dan menjimatkan masa. Sangat sesuai untuk sarapan pagi dan juga minum petang :)
 
Bahan- bahannya:
1 Buku Roti Gardenia
7 biji telur ayam sederhana besar
sedikit sos ikan (ganti garam)
sedikit serbuk lada sulah
minyak untuk menggoreng

Cara memasakknya:
Pukul telur ayam satu persatu, kemudian masukkan sedikit sos ikan dan serbuk lada sulah,.Setelah itu celurkan roti tu kedalam bancuhan telur tadi. Goreng kedalam minyak dengan api yang sederhana supaya roti goreng itu cantik dan tak hangus. Jangan lupa balik2kan roti agar masak sama rata. Angkat & hidangkan bersama sos cili.

No comments:

Post a Comment