Assalamualaikum.gif Assalamu\'alaikum pink image by syauqiyah

Terima kasih kerana sudi melayari blog akak.
Di sini akak cuba tampilkan himpunan resepi harian akak yang agak simple. Diharap ianya menjadi panduan kepada para pengunjung yang minat memasak tetapi kesuntukan masa. Koleksi resepi di blog ini sumenya resepi yang akak pernah masak, kiranya selalu masak jugakla.

Bahan2nyer pulak mudah didapati, senang di masak, pastinya sedap di makan dan menjimatkan masa untuk menyediakannya. Akak cuma guna sukatan agak2 jer, macam stail mak-mak kita. Jadi pandai2la uols nak ubahsuai untuk dapatkan hasil yang memuaskan yer.

Bagi akak, sume anak2 akak sememangnya suka masakan ibunya. Masakan hasil sentuhan tangan seorang ibu tu, sebenarnya lebih sedap dan berkat. Biarpun akak masak gitu-gitu aje, letak bahan ala kadar, tapi anak-anak dan suami makan berselera. Sedap macam mana sekalipun makanan di luar, sedap lagi masakan isteri di rumah. Sebab akak niatkan di hati untuk sediakan hidangan yang terbaik demi anak-anak dan suami tersayang.

Hepi Cooking !!!


Cendol Pandan

Resepi cendol ni hubby akak belajar sendiri dr internet dan telah bbrp kali di ubahsuai sehingga btul2 menjadi. Biasenye hubby akak buat guna 3/4 kilo tepung beras la... Maklum jer  hubby akak meniaga cendol   Tetapi resepi yg dipaparkan nie hanya untuk makan 4-5 org jer. Link untuk tempahan sebarang majlis keraian bleh la tengok kat sini


Bahan-bahan: ( 4-5 orang )

  • 1 cawan tepung beras 
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 15 helai daun pandan (utk mendptkn 3 cawan air pandan)
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau 

Cara-cara membuatnya:

  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak berketul dan hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk dicampur ketulan baby ais
  4. masukkan cendol ke dalam acuan  dan tekan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan cendol, acuan muruku atau senduk yang berlubang pun boleh juga
  6. tekan perlahan supaya cendol jatuh dengan elok dan cantik
  7. kemudian simpan cendol dengan airnya sekali di dalam peti ais



 Jom kite perkena cendol


-1 cawan kacang merah rendam semalaman, pas tu rebus hingga lembut dalam periuk tekanan
-1/2 kilo pati santan segar lepas tu letak secubit garam (x perlu masak, cume tambah ketulan ais supaya tahan lebih lama skit)
-air gula melaka campur gula merah(dimasak lama lebih kurang 1 jam)
-untuk melikatkan campur dgn sedikit bancuhan tepung jagung
-pulut (option)
-tapai (option)
-durian (option)

    2 comments:

    1. teringin nak cuba resepi ini.. salam blowking..ada masa jemput singgah.. http://koleksiresepiemak.blogspot.com/

      ReplyDelete
    2. Kalaubtak de air kapur boleh.ke?

      ReplyDelete