Sebenarnya ni bukan sesuai sangat jadi lauk pun. Lagi best untuk ratah.
Saper suka makan kerang rebus??? Sesetgh org suka makan Kerang Bakar. Bagi akak kerang bakar ni leceh sikit sbb kena bakar arang dulu dan kene balik2 kan kerang tu kan, itu cara tradisional. Nak bakar dalam oven boleh ker sbb akak tak penah try lg pun. Tapi kerang rebus nie sedap di makan panas2 apatah lagi kalo dicicah ngan sambal kicap. Setiap orang berbeza cara merebusnya kan...Kali nie akak nak kongsikan resepi kerang rebus yang sgt senang. Bahan2nya mmg dah ada kat dapur uols.
BAHAN-BAHANNYA:
1 kg kerang
7 biji cili padi yg ditumbuk kasar
5 biji bawang merah -dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
2 batang serai -diketuk
5 biji bawang merah -dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
2 batang serai -diketuk
1 helai daun kunyit
sedikit garam/serbuk perasa
sedikit garam/serbuk perasa
air secukupnya
CARA MEMBUATNYA:
Masukkan kerang yang telah dibasuh bersih. Rebus bersama bawang merah, bawang putih, serai dan daun kunyit. Jangan lupa masukkan garam /serbuk perasa. Biarkan kerang masak tp jgn terlalu lama, nanti isi kerang mengecut. Kemudian angkat dan ketepikan.
BAHAN UTK MEMBUAT SAMBAL KICAP
20 biji cili padi
1 biji tomato
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang putih
1 sudu makan jus limau
kicap lemak manis
kicap lemak manis
KISAR SEMUA BAHAN UNTUK MEMBUAT SAMBAL KICAP DAN SESUAIKAN RASANYA. KALAU PEDAS BOLEH TAMBAHKAN SEDIKIT GULA. HIDANGKAN BERSAMA KERANG REBUS TADI.
Terima kasih sebab nak masak untuk isteri yang baru bersalin tapi tak letak cili/lada lah
ReplyDeletememang sedap kalau menyicah2 kerang ni...yummmsss
ReplyDeleteSesal Separuh Nyawa: Kerana Sembelit Dalam Pantang, Fobia Nak Anak Lagi