Hidangan mkn mlm kami sekuarga pd mlm nie ialah Udang Goreng Lada Hitam. Hubby gi pasar mlm bawak balik udang. Resepi nie sebenarnya resepi spontan tau. Apa yg ada kat dlm peti ais, akak jd kan bahan dlm masakkan udang nie. Siap x sampai 10 minit pun. Anak akak cakap sedap...perasan plak kejap...haha. Pd sesape nk try resepi nie bleh la cuba k.
Bahan-bahannya:
(4-5 orang)
1/2 kilo udang bersaiz sederhana
2 labu besar bawang merah(dipotong bulat)
3 ulas bawang putih
1 biji cili benggala merah
1 biji cili benggala hijau
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk pati bilis
2 sudu besar tepung jagung
sedikit lada hitam
minyak untuk menggoreng
sedikit gula, garam dan serbuk perasa
Cara memasaknya:
- Udang dibersihkan dan ditos airnya.
- Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili benggala hijau/merah dan biarkan layu sebentar.
- Selepas itu masukkan udang, garam/gula/serbuk perasa/lada hitam.
- Kemudian masukkan pula sos tiram, serbuk pati ikan bilis dan bancuhan tepung jagung.
- Kacau-kacau udang sehingga mesra dan udang kelihatan masak.
- Siap untuk hidangan.
No comments:
Post a Comment