Assalamualaikum.gif Assalamu\'alaikum pink image by syauqiyah

Terima kasih kerana sudi melayari blog akak.
Di sini akak cuba tampilkan himpunan resepi harian akak yang agak simple. Diharap ianya menjadi panduan kepada para pengunjung yang minat memasak tetapi kesuntukan masa. Koleksi resepi di blog ini sumenya resepi yang akak pernah masak, kiranya selalu masak jugakla.

Bahan2nyer pulak mudah didapati, senang di masak, pastinya sedap di makan dan menjimatkan masa untuk menyediakannya. Akak cuma guna sukatan agak2 jer, macam stail mak-mak kita. Jadi pandai2la uols nak ubahsuai untuk dapatkan hasil yang memuaskan yer.

Bagi akak, sume anak2 akak sememangnya suka masakan ibunya. Masakan hasil sentuhan tangan seorang ibu tu, sebenarnya lebih sedap dan berkat. Biarpun akak masak gitu-gitu aje, letak bahan ala kadar, tapi anak-anak dan suami makan berselera. Sedap macam mana sekalipun makanan di luar, sedap lagi masakan isteri di rumah. Sebab akak niatkan di hati untuk sediakan hidangan yang terbaik demi anak-anak dan suami tersayang.

Hepi Cooking !!!


Kerang Goreng Kari

Resepi nie asal dari mak akak...Masa akak budak2 lg, mak akak dah selalu masak kerang Goreng Kari. Tak perlu kopek kerang, goreng ngan kulit cengkerangnya sekali....Tak perlu ragu2, sekali cuba mesti nak masak selalu :)

Bahan-bahan:

  1. 1 kg kerang yang telah dibersihkan
  2. 3 ulas bawang putih 
  3. 6 biji bawang merah
  4. 1 sudu besar cili giling
  5. 4 sudu besar serbuk kari
  6. sedikit gula, garam dan serbuk perasa
  7. sedikit minyak masak
  8. sedikit daun kari(ikut suka)

Cara penyediaan :

  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah, daun kari sehingga naik bau. 
  • Setelah itu masukkan pula cili giling dan rempah kari yg telah di bancuh dgn air. 
  • Tumis hingga kering dan naik minyak..
  • Masukkan kerang yang telah dibersihkan dan gaul sebati.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
  • Kacau dan gaul kerang sehingga mesra dengan bahan yg ditumis. 
  • Biarkan sekejap hingga kerang masak
  • Siap untuk dihidang

No comments:

Post a Comment