Assalamualaikum.gif Assalamu\'alaikum pink image by syauqiyah

Terima kasih kerana sudi melayari blog akak.
Di sini akak cuba tampilkan himpunan resepi harian akak yang agak simple. Diharap ianya menjadi panduan kepada para pengunjung yang minat memasak tetapi kesuntukan masa. Koleksi resepi di blog ini sumenya resepi yang akak pernah masak, kiranya selalu masak jugakla.

Bahan2nyer pulak mudah didapati, senang di masak, pastinya sedap di makan dan menjimatkan masa untuk menyediakannya. Akak cuma guna sukatan agak2 jer, macam stail mak-mak kita. Jadi pandai2la uols nak ubahsuai untuk dapatkan hasil yang memuaskan yer.

Bagi akak, sume anak2 akak sememangnya suka masakan ibunya. Masakan hasil sentuhan tangan seorang ibu tu, sebenarnya lebih sedap dan berkat. Biarpun akak masak gitu-gitu aje, letak bahan ala kadar, tapi anak-anak dan suami makan berselera. Sedap macam mana sekalipun makanan di luar, sedap lagi masakan isteri di rumah. Sebab akak niatkan di hati untuk sediakan hidangan yang terbaik demi anak-anak dan suami tersayang.

Hepi Cooking !!!


Popia Goreng

Popia antara makanan peberet akak dan anak-anak, hubby plak x bape gemar penat gigi nak kunyahnya :).  Akak cedok resepi nie kat majalah lama kemudian ubah sikit sana sini jadi lah resepi versi sendiri...Senang jer resepi ni sebenarnya.


Bahan -bahan untuk inti:
  1. kulit popia (bleh dpt kat pasaraya)
  2. 1 peket sayur campuran
  3. 1 batang lobak merah (potong dadu)
  4. 1 mangkuk kecil isi ayam (potong kecil2)
  5. 2 biji bawang holland ( di potong dadu)
  6. 2 biji cili besar (hiris halus)
  7. 1 sudu besar sos tiram
  8. minyak masak 
  9. garam dan gula secukup rasa
Cara-cara memasak:
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang serta cili yg di hiris sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkann sos tiram 
  • Masukkan ayam, sayur campuran dan lobak.
  • Pastu masukkan pula garam dan sedikt gula. Biarkan masak gaul hingga mesra dan biarkan kering sekejap. 
  • Bila inti dah sejuk, bleh la di gulung dengan kulit popia. 
  • Untuk melekat, semasa proses menggulung akak lekatkan tepung jagung yg dicampur dengan sedikit .
  • Lepas ni bleh la di goreng dlm api yg sederhana.
Bahan Sos:

1. Cili kering di blend
2. Bawang putih  di tumbuk
4. gula
5. garam
6. cuka 
7. sos cili
8. sedikit air

Cara-cara:
  • Tumis bawang putih, pastu bila dah kuning masukkan cili kering.
  • Masakkan cili kering sampai pecah minyak 
  • Masukkan sedikit air, gula,garam,cuka n sos cili..
  • Sos cili tu agak2 la. Tapi jgn sampai rasa sos aje..biar masam, masin, manis, pedas sume ade
SELAMAT MENCUBA!!.

No comments:

Post a Comment