Assalamualaikum.gif Assalamu\'alaikum pink image by syauqiyah

Terima kasih kerana sudi melayari blog akak.
Di sini akak cuba tampilkan himpunan resepi harian akak yang agak simple. Diharap ianya menjadi panduan kepada para pengunjung yang minat memasak tetapi kesuntukan masa. Koleksi resepi di blog ini sumenya resepi yang akak pernah masak, kiranya selalu masak jugakla.

Bahan2nyer pulak mudah didapati, senang di masak, pastinya sedap di makan dan menjimatkan masa untuk menyediakannya. Akak cuma guna sukatan agak2 jer, macam stail mak-mak kita. Jadi pandai2la uols nak ubahsuai untuk dapatkan hasil yang memuaskan yer.

Bagi akak, sume anak2 akak sememangnya suka masakan ibunya. Masakan hasil sentuhan tangan seorang ibu tu, sebenarnya lebih sedap dan berkat. Biarpun akak masak gitu-gitu aje, letak bahan ala kadar, tapi anak-anak dan suami makan berselera. Sedap macam mana sekalipun makanan di luar, sedap lagi masakan isteri di rumah. Sebab akak niatkan di hati untuk sediakan hidangan yang terbaik demi anak-anak dan suami tersayang.

Hepi Cooking !!!


Donat Gebu aqfiza

 
 Anak2 akak mmg suka makan donat, lebih2 lg kalo donat tu gebu dan lembut cam bantal...


Bahan-bahannya: 
1kg tepung gandum
1 bungkus mauripan (nk cepat naik taruk 2 bungkus utk 1kg tepung)
3 senduk sedang minyak panas
4 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
kentang lenyek
air susu pekat secukupnya
Cara-caranya:
- satukan tepung,mauripan,gula garam hingga sebati,panaskan minyak biar sampai berasap kemudian tuang kedlm tepung td..
- kacau rata tau, jgn ade yg berketul. pastu masukkan air bancuhan susu pekat kedlm adunan tepung td. bancuh mcm nk wt cekodok tp jgn terlalu cair. jangan lupa masukkan jugak kentang lenyek.
- uli sekejap sampai semuanya sebati kemudian lumurkan tepung pulut pd tangan kita sewaktu utk menggentel (petua xnk bg melekat). buat bulat2 terpulang pd korang nk kecik @ besar. bila dah naik kembang tebuk lubang & goreng la..
- dah masak toskan minyak & gaul gula (gula icingpun ok jugak) .donut ni kalau betul cara bancuhannya insya'allah walaupun dah sejuk pun masih lembut lagi
p/s:Kalo nak try donat versi lain sila klik link kat bwh nie ok---> Donat gebu VERSI normalida

1 comment:

  1. salam perkenalan...gebunye kak...saya suka makan donat..selalu gak buat tapi kadang gebu kadang x..lagi2 bila dah sejuk...hehe xtaw la mane silapnye;p

    ReplyDelete