Assalamualaikum.gif Assalamu\'alaikum pink image by syauqiyah

Terima kasih kerana sudi melayari blog akak.
Di sini akak cuba tampilkan himpunan resepi harian akak yang agak simple. Diharap ianya menjadi panduan kepada para pengunjung yang minat memasak tetapi kesuntukan masa. Koleksi resepi di blog ini sumenya resepi yang akak pernah masak, kiranya selalu masak jugakla.

Bahan2nyer pulak mudah didapati, senang di masak, pastinya sedap di makan dan menjimatkan masa untuk menyediakannya. Akak cuma guna sukatan agak2 jer, macam stail mak-mak kita. Jadi pandai2la uols nak ubahsuai untuk dapatkan hasil yang memuaskan yer.

Bagi akak, sume anak2 akak sememangnya suka masakan ibunya. Masakan hasil sentuhan tangan seorang ibu tu, sebenarnya lebih sedap dan berkat. Biarpun akak masak gitu-gitu aje, letak bahan ala kadar, tapi anak-anak dan suami makan berselera. Sedap macam mana sekalipun makanan di luar, sedap lagi masakan isteri di rumah. Sebab akak niatkan di hati untuk sediakan hidangan yang terbaik demi anak-anak dan suami tersayang.

Hepi Cooking !!!


Cekodok Pisang/Jemput-Jemput Pisang







Dah lame akak tak update blog nie. Kali ni akak nk kongsi resepi jemput-jemput pisang versi akak. Semalam mak mertua bagi pisang awak...pisang awak mai dr Perak tau :) Petang ni akak wat jemput-jemput pisang a.k.a cekodok pisang. Sedap wei...dh lame tak wat resepi mudah nie.
  • 2 mangkuk pisang  yang sudah dikupas, buangkan urat dan
  • lenyek sehingga lembik.
  • Masukkan 2-3 senduk gula merah dan lenyek & gaul rata.
  • Secubit bicarbonate soda , setengah cawan susu penuh krim dan
  • semangkuk tepung gandum + secubit garam. Gaul semua rata rata.
Panaskan kuali, masukkan minyak yang banyak. Panaskan. Api mesti sederhana. Boleh mula gorengkan jemput-jemput. Guna hujung jari ataupun dua sudu kecil. Goreng terendam sehingga agak garing, balik-balikkan. Boleh angkat dan hidang.

p/s:Untuk mendapatkan cekodok pisang (jemput-jemput pisang) yang cantik dan sedap, seeloknya pisang dikisar bersama gula sebelum diadun bersama tepung. Kemudian tutup dan biarkan adunan selama lebih kurang empat jam sebelum digoreng. Selain itu adunan tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk

6 comments: