Assalamualaikum.gif Assalamu\'alaikum pink image by syauqiyah

Terima kasih kerana sudi melayari blog akak.
Di sini akak cuba tampilkan himpunan resepi harian akak yang agak simple. Diharap ianya menjadi panduan kepada para pengunjung yang minat memasak tetapi kesuntukan masa. Koleksi resepi di blog ini sumenya resepi yang akak pernah masak, kiranya selalu masak jugakla.

Bahan2nyer pulak mudah didapati, senang di masak, pastinya sedap di makan dan menjimatkan masa untuk menyediakannya. Akak cuma guna sukatan agak2 jer, macam stail mak-mak kita. Jadi pandai2la uols nak ubahsuai untuk dapatkan hasil yang memuaskan yer.

Bagi akak, sume anak2 akak sememangnya suka masakan ibunya. Masakan hasil sentuhan tangan seorang ibu tu, sebenarnya lebih sedap dan berkat. Biarpun akak masak gitu-gitu aje, letak bahan ala kadar, tapi anak-anak dan suami makan berselera. Sedap macam mana sekalipun makanan di luar, sedap lagi masakan isteri di rumah. Sebab akak niatkan di hati untuk sediakan hidangan yang terbaik demi anak-anak dan suami tersayang.

Hepi Cooking !!!


Showing posts with label Info dan tips. Show all posts
Showing posts with label Info dan tips. Show all posts

Perbezaan Antara Mentega Dan Margerin




Sebenarnya kekadang akak tak tau nak pilih yang mana satu, samada nak guna mentega, margerin atupun butter. Yang mana mentega, yang mana butter, mana margerin lagi. Bagi akak sume sedap apatah lagi butter...betul tak? Biasanya kedua2nya digunakan sebagai sapuan roti dan sebagai bahan utama bagi membuat biskut dan kek, juga di gunakan sebagai bahan masakan seperti untuk menggoreng. Butter @ mentega yang sering kita temui di supermarket misalnya Fernleaf, Anchor, dll. Bagi margerin pula jenama Planta dan Daisy yang sering menjadi pilihan. Apalagi kita sedia tahu antara mentega dan margerin kandungannya yang sudah tentu berbeza bukan.

Margerin vs Mentega, manakah yang lebih bagus??? Dari sudut kesihatan margerin sebenarnya lebih bagus dari mentega Pilihan ditangan korang sendiri ok..
Jom baca ARTIKEL ini:.